
Halo everyone~ dah banyak gambar slurpee yana save but tak upload lagi dekat blog nie :D hehehee!!!! lawa tak slurpee jadi fairy kt atas tue :P siap ada wing lagi~ ngan headband yg comel!!!
slurpee in pink baju kurung!!! and pink ribbon~ cermin mata bulat besar, mcm nerd lak yana tengok.. huhuuuu.. comel tak???
slurpee jadi alice in wonderland lak~ kasut tue mcm tak sesuai lak sbb tue kasut maid :P ahakzz!! tapi takpe lah.. janji slurpee ku ada kasut.. takmo kaki dia terluka nanti :D hehehe!!!! banyak lagi pic, nanti upload lagi... kalo upload banyak banyak, panjang lak nanti.. :D
pic last nie seri and night kata smart~ ahakzz!!!! tengok lah yerk version yg besar drpd version avatar hari tue :P
k lah, c ya soon~
Thursday, December 17, 2009
Slurpee suka Berfashion~
Posted by Aqua_iLLusion at 1:53 PMWednesday, December 16, 2009
Oh Kawan!
Posted by Aqua_iLLusion at 10:49 PMlalu Ari menjawap soalan Rosman tadi. "rosman, cari lah aku dlm hatimu, jika kau benar2 ke temu aku di dlm hatimu, tahulah aku akan keihlasan hatimu... jika aku tiada di hatimu, jgn lah sesekali kau memujuk ku lagi kerna, ternyata kau bukan mahukan diriku...kerna...hadirku selama ini tidak pernah kau hargai, bila hilangnya aku baru kau merasai akan rindu itu...ternyata kau benar2 tidak penah serius dlm soal hati n perasaan...bila senang aku kau lupakan, dan bila susah aku yg kau inginkan...aku mahukan 'BoBo" ku yg lama....ternyata kau mmg tak serius dan suka mepermainkan perasaan hatiku... mungkin aku yg penah terluka... mybe lps2 ni ramai lagi mangsa mu...sedar lah wahai rosman... jika kau mahu menemui cinta sejati .. sbb itu lah kau sukar menemui cinta mu, dan sentiasa menagih kasih dari awek awek cun di sekolah ini"
semua terpegun dengan jawapan Ari tadi. Rosman menundukkan muka nya dan lalu pergi menjauhkan diri dari Ari. "WOI!! MASUK KELAS CEPAT! DAH LAH BLOCKING TEMPAT ORANG NAK LALU LALANG!" semua terkejut dengan suara Ekin. Ekin berada di bawah dapat melihat segala gala nya yang terjadi di luar kelas. Penglihatan Ekin begitu tajam sekali. "APA LAGI! CEPAT LAH JALAN!" aku dan kawan kawan aku cepat cepat masuk ke kelas masing masing. takut pula aku mendengar suara ekin yang garang nak mampus tue. Di dalam kelas pula ketua kelas sedang bermasam muka
apa kes lak tue?? aku diberitahu bahawa semua kena duduk diam dan tidak boleh buat bising jika tidak nanti ketua kelas akan mengamuk. Aku dan Seri pergi ke tempat duduk kami di belakang kelas. Selama 3 jam kelas kami sunyi dan tidak bising pun seperti kelas lain. Kalau apek mengamuk, memang dasyat lah. Macam perang dunia ke 3! Tahun lepas nak dekat 10 kali si apek mengamuk. Paling dasyat time dia hentak kerusi sampai hancur. Menakutkan betol time tue. Tengok tengok esok nya si apek tak datang sekolah. Hampir seminggu dia tidak datang ke sekolah. Ramai tidak tahu rumah dia di mana. Aku nampak nizam sedang passing note dekat aku. aku mengambilnya dan lalu membaca note itu bersama seri
Note itu berbunyi begini
- Aku dengar cerita yang si apek tue nak kena turun pangkat. Cikgu kelas kata nak ambil orang lain jadi ketua kelas. Itu yang aku dengar tapi ada orang lain lak cakap ada orang tak puas hati dengan si apek
lalu aku membalas note itu balik
- Uikzz! sapa pula yang tidak puas hati dengan dia???
sedang aku hendak memberi balik nota itu ke Nizam balik, nweishin terus pandang ke arah aku dan nizam. aku cepat cepat menyorok note itu. Nampaknya kami semua macam berada di dalam penjara. Hanya tinggal beberapa jam aje lagi masa untuk pulang ke rumah. rasa lama lah pula, guru pula tidak masuk ke dalam kelas.
setelah kami semua dalam tahanan apek, akhir nya loceng sekolah berbunyi. kami semua cepat cepat keluar daripada kelas. Aku dan seri berasa sungguh gembira kerana dapat bercakap balik! Nizam juga turut merasai kegembiraan kami berdua. Semasa aku dan kawan kawan aku sedang berjalan ke arah gate sekolah, pelajar misteri lelaki tadi lalu dengan basikalnya. Rasa mahu sahaja panggil dia tapi nak panggil apa?? tak kan nak jerit jejaka misteri kot. Aku diam sahaja dan gelak gelak dengan lawak Nizam. Aku terserempak dengan Christy dan Rosyana. Mereka berdua selalu balik sama sama. Rumah mereka berdekatan sahaja. Aku melambai lambai ke arah mereka berdua. Liza dan Ari pula tidak kelihatan. Dah balik rumah kot.
Aku dengan terkejutnya sebuah bola dengan pantasnya lalu tepi muka aku. Fuh! selamat tak terkena aku tetapi terkena orang depan aku iaitu Ekin. Ekin yang sedang berjalan dengan Jue tiba tiba berhenti. Aku dapat merasakan suara yang garang nanti akan terdengar. Bola tadi aku tahu milik siapa, bola itu adalah kepunyaan Nash. Dia adalah bintang pemain bola sepak di sekolah kami. Dah lah captain pula tue. Nash nie lak selalu dengan bola dia, tak pernah terpisah dengan bola kesayangannya.
"NASH!!!!" menjerit ekin. Jue disebelah dia cepat cepat menutup telinga nya. Nash pula kelihatan ketakutan. Orang di sekeliling melihat sahaja agenda tersebut. "KALAU NAK MAIN BOLA PUN BUKAN DI SINI!" nash terus lari tanpa mengambil bola nya tetapi ekin mengambil bola itu dan lalu mengejar Nash satu sekolah. Jue terpaksa lah menunggu ekin habis belasah nash.
Aku pula pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Adakah aku akan mengetahui nama jejaka misteri pada hari esoknya? aku hanya dapat menunggu dan melihat apa akan terjadi esok. Seri dan Nizam balik balik ke rumah arah jalan yang sama. Nampak sweet lak mereka berdua..... apa akan terjadi dengan mereka di kemudian hari nanti yea. tidak sabar aku hendak melihatnya.
bersambung....
p/s sorry lambat sangat keluar chapter 4 :(
Labels: novel
Holiday in Cairo!
Posted by Aqua_iLLusion at 2:18 PM
welcome to cairo! firstly yana tak ingat tahun berapa yana gie +_+ minta maaf yerk~ i think lah kan tahun 2007 rasanya. time tue baru early winter dekat sana, so takde rasa sejuk sejuk. first time dapat flight kul 3 pagi, on the way gie sana yana langsung tak tido. mata rasa segar aje.. maybe terlampau excited sangat :P hehehe!! so, first day dekat cairo, pergi melawat piramid of giza, muzium and tengok mereka buat kertas daripada payprus :D first pergi muzium, sesak giler!!! full of people. sadly tak leh tangkap gambar dalam muzium tue :( dalam muzium tue macam macam ada, semua nya sejarah Mesir :) banyak gak mummy dalam muzium tue.. mummy animal pun ada.. huhu!!!
dekat piramid tue best!! actually boleh masuk ke dalam piramid tue but my dad tak bagi.. so kita orang just usik usik batu batu piramid tue.. agak besar batu tue! nak panjat pun boleh :P hehehe!! malam tue lak kita org pergi melihat show light and sound :) menarik gak dia orang buat. the next day tourist bawak kita org pergi Alexandria... alexandria nie tepi laut, mmg sejuk!! so masing masing kena bawak baju sejuk.
tue kita dekat tepi laut. angin dia begitu kencang dan sejuk! hehehe!!! time tgh jalan jalan tue jumpa beberapa ekor kucing. bulu dia orang sangat bersih and gebu gebu lak tue. rasa macam nak peluk aje.

pic atas tue macam postcard lak :P hehehee!!! next day pergi ke pahyung (betol ke yana eja??) kita orang dapat melihat tasik karun :D hehehe!!!! tasik tue dekat tengah tengah deserts.. so we lepaking tepi tasik sambil makan makan minum minum...
then we off to shopping mall.. ahakzz!! takde beli apa apa pun dekat shopping mall tue just gie solat dekat situ :D itu aje lah kot nak di cerita kan :P sebenar nya banyak lagi tapi malas nak panjang panjang kan :D huhuuuuuuu... anyway, yana tak sihat sebenar nya :( rasa macam nak demam lak :( get well soon yana dear~
take care all
Labels: family
Everlasting Moonlight video!
Posted by Aqua_iLLusion at 11:39 AMLagu ini yana tujukan khas untuk Dia :) lirik dia ada kat bawah~ hope u like it :) i really miss u :(
chapter 4 maybe malam nanti akan ada.. heheheee!! so semua tunggu tunggu lah yerk~ enjoy~
Cartoon!!!!
Posted by Aqua_iLLusion at 12:57 AM
heheheeee... ini lah dia muka muka barisan geng rilek :P muahahahaaaa!! dari kiri ialah Ari, rosyana, jue julia, choo anda Dj manja :D
bawah dari kiri lak sumbet, nweishin, nash, abg jai (faizal) and bro nun a k a lanun~
bawah sekali dari kiri - kubi, haliza, Nia and last sekali tue ialah YANA!! yeahhh!!!!
bersungguh sungguh aku buat and cari idea :P sorry yg takde tue seperti seripagi, Lan ngan night :( nnt yana buat kan utk korang :( maaf banyak banyak!
Monday, December 14, 2009
Oh Kawan!
Posted by Aqua_iLLusion at 10:12 PM"wei wei! tengok kat sana" Lan sedang menunjuk sesuatu dekat bawah pokok tepi padang sekolah. Mereka semua tercari cari apa yang Lan hendak tunjukkan. Baru mereka tahu bahawa Lan sedang menunjuk seseorang yang tinggi lampai dan seorang lelaki lagi sedang melutut sambil memegang sesuatu di tangan nya. Mereka berlima senyap senyap sorok di belakang bangunan untuk menyaksikan dua orang itu. Baru mereka sedar yang tinggi lampai seperti super model rupanya ialah Jue Julia dan sorang lagi itu ialah Rosman sedang memegang bunga rosa merah. Mereka dari jauh boleh dengar percakapan mereka berdua.
"Sudikah kamu mengambil aku semula menjadi BF kamu?" kata Rosman dengan suara romantic nya. Rosman bermain main mata dengan Jue dan Jue pula tersipu sipu malu. Lalu menjawap soalan Rosman. "Terima kasih sahaja lah Rosman. Jue tak nak terkena lagi. Rosman selalu curang dengan Jue. Maaf kan Jue kali ini tidak boleh menerima Rosman balik" Wajah Rosman berubah menjadi sedih. "Jue, simpan sahaja lah bunga ini. Buat kenangan kita berdua"
Lan dan Nizam tergelak gelak melihat babak babak tadi. Seri pula tidak tahu apa sehingga lah mereka semua ceritakan kepada seri. "Sebenarnya si Rosman tue ada hati lagi dekat Jue tapi jue aje tak nak" kata Ari. "Rosman tue selalu curang ngan Jue dan lah playboy lak tue. Tiap tiap hari ada aje perempuan dia akan ngurat" sambung Ari lagi. "pas tue aku pernah couple dengan dia 2 bulan sebab dia curang"
"siapa ros?" seri tertanya tanya siapa Ros? Lalu aku memberitahu bahawa Ros itu adalah budak paling popular di sekolah ini. Aku menunjuk Seri ke arah sebuah kumpulan budak budak sedang berehat di taman sekolah. Rosyana duduk di tengah tengah sambil menikmati makanan nya dengan peminat peminat nya. "Wah! popular betol dia tue. tapi dia popular sebab apa?" tanya seri
Lalu nizam menjawap. "Sebenarnya tiada siapa tahu macam mana dia boleh menjadi popular. Tak kan dia tak pernah bagitahu dekat korang kot?" Nizam pandang ke arah Ari dan Liza. Mereka berdua pun tidak tahu kerana Rosyana tidak pernah cerita kepada mereka. "Alamak!! ehsan datang" Aku cepat cepat sorok kan diri di belakang Lan.
"ehsan??" seri tertanya tanya lagi. Ehsan adalah classmate Ari, Liza dan Lan. "Ehsan tue sebenarnya minat dekat yana" bisik Lan dekat seri. Aku tidak dapat hendak melarikan diri kerana Ehsan sudah nampak diri nya di belakang Lan. "Yana!! ehsan ada belikan lunch untuk yana. Yana makan tau, ehsan belanja yana" aku dengan tersengihnya mengambil makanan tersebut. Orang kata rezeki jangan ditolak. "Yana pergi lah makan sama sama dengan ehsan, kita orang jaga kan seri" Liza menolak belakang aku dan aku rasa geram sahaja dengan mereka. Terpaksalah aku pergi berehat dengan ehsan. Tak guna punya kawan tinggal kan aku dengan dia. Tapi ehsan nie orang nya sweet. Dia tak pernah menolak kalau aku meminta pertolongan dari dia. Tahun lepas time birthday aku, dia bawa kek kecil khas untuk aku. cukup terharu aku dengan pemberian dari dia tapi aku tiada apa apa perasaan dekat dia. Kami berdua diam sahaja dan aku hanya senyum sahaja kepada dia. Sedang aku menikmati makanan yang dibelikan oleh ehsan, mata aku terpandang seorang lelaki yang tidak pernah aku lihat di sekolah ini. Adakah dia pelajar baru? Dia sedang duduk sorang sorang di sebuah bangku sekolah sambil membaca buku. Aku usha usha buku apa dia sedang baca. Buku motivasi rupanya, mesti dia nie sorang yang pintar.
"yana pandang apa tue?" aku alihkan arah ke rosyana. Nampaknya rosyana dapat hadiah besar dari seseorang. "tak pandang apa apa pun ehsan" jawap aku. aku melihat jap dan hanya 1 minit aje tinggal sebelom loceng berbunyi. Aku bagi alasan untuk mencari kawan kawan aku tapi dia mahu temankan aku. Sebelum aku meninggalkan tempat itu aku melihat lagi lelaki tadi. Alamak! dia sedar aku sedang memerhatikan dia. Aku tiba tiba tersenyum kepada dia dan lalu dia membalas senyuman aku. Hati ku terasa sungguh gembira. Siapalah jejaka misteri tue yea??
Tidak sempat aku hendak ke kawan kawan aku, loceng sudah berbunyi. Aku menunggu mereka di tangga sekolah. Liza, Ari dan Seri melambai lambai dari jauh. "wei wei!! ada pelajar baru lagi ke?" tanya aku kepada mereka.
"Seri baru lagi so i dont know anything about new student" aku pandang ke arah liza dan ari. "Ada tapi dia kelas first" Lalu Ari kata kepada aku. Kelas first!! pandai nya dia. "Apa nama dia yerk?" aku masih lagi terbayang bayang senyuman nya. Rasa macam nak pengsan lak.
"entah lah, aku pun tak tahu yana. Nanti aku try tanya budak budak laki" Aku berterima kasih kepada liza. Semasa kami sedang menuju ke kelas, Rosman dari bawah memanggil nama ari dan lalu dia berlari ke atas.
"ARI!!!! tunggu jap!!" kami berhenti seketika dan melihat Rosman yanag kelihatan sungguh penat dan berpeluh. Geli lak aku tengok si Rosman nie. "Ari, sudikah kamu menerima aku kembali" kami semua terkejut. Ari pula tidak menjawap soalan Rosman. Ari senyap sahaja. Apakah jawapan Ari? aku tertunggu tunggu jawapan nya.
bersambung........
Labels: novel
Set Me Free and La Moon
Posted by Aqua_iLLusion at 10:10 AMthank to seri sbb ngajar yana mcm mana nak letak video :P hehehe!! one of my fav. video and song~ para para maksud nya dance~ jom joget joget~ yana suka tgk tarian dia org :D comel!! hehehe.. nak belajar tarian dia org~ jom jom~ sera myu tue lak maksud nya sailormoon the musical :) dalam video tue yang jadi sailormoon ialah kanbe miyuki.. dia dah meninggal dunia pada tahun lepas sbb heart failure :( so sad~ suka tgk dia membawa watak usagi~ heheheee~ my fav. sudah semesti nya first stage!!!!!! agagagagaaaaa~ anyway, enjoy the video!!!
video atas nie ialah first stage sailor senshi :D hehehe!! anza ohyama yg jadi sailormoon~ so enjoy~
Labels: sera myu



