Friday, December 11, 2009

Oh Kawan!


Chapter 1


Baru setahun lalu aku menjadi pelajar baru di sekolah menengah taman melawati. Aku berdiri di depan sekolah ini dan mengingati kenangan kenangan lalu. Aku masih lagi ingat kali terakhir aku bersama dengan kawan kawan lama ku. Semasa aku form 1 lagi aku dimasukan ke sekolah asrama penuh. Sekolah itu membawa penuh makna dan kenangan dengan kawan kawan. Sekolah lama ku juga berhampiran dengan sekolah asrama lelaki. Pada waktu rehat dan aktiviti sekolah aje kami dapat bertemu. Aku masih merindui mereka, aku rindukan zeela dan ita dengan gossip gossip hangat mereka. Aku rindukan ketua kelas iaitu dyan, dia amat tegas dan sangat bijak. Aku juga hanya dapat mengenali seorang kawan baru setahun sahaja iaitu syu. Kawan kawan lelaki di sana juga aku tak dapat lupakan lebih lebih lagi seorang jejaka yang sangat hensem. Nama nya Farid dan selalu no.1 di dalam sekolah. Aku tidak boleh lupakan Khai yang agak lembut dan juga hafizul marwan yang suka melihat diri nya di cermin. Mereka semua agak terkejut dengan pemindahan aku ke sekolah lain. Tetapi kali ini aku bukan dimasukkan ke sekolah asrama penuh. Tahun lalu aku keseorangan, tiada teman baru tetapi ada juga yang sudi bercakap dan temankan aku. Yang best nya bukan sorang perempuan tetapi seorang lelaki. Dia nie agak baik dan agak hensem. Lagi hensem daripada Farid rasanya. Dia mempunyai ramai peminat di sekolah ini, macam artis lah pula. Dia ajelah yang selalu berbual dengan ku. Nama nya nizam orang panggil dia Night rider. Aku pun tak tahu kenapa orang panggil dia Night rider. Itu ajelah kawan aku yang sama kelas dengan aku.

Aku berdiri di depan sekolah dengan semangat untuk mengubah diri ku pada tahun terakhir aku berada di sini. Tahun ini juga adalah tahun SPM. Aku ingin menjadikan sebuah kenangan yang terindah untuk diri ku ini. Aku mula kan langkah ku yang pertama memasuki perkarangan sekolah. Aku nampak muka muka yang aku kenali dan mereka melambai lambai kepada aku. Mereka adalah kawan kawan aku di sekolah ini tetapi aku sedih kerana mereka tidak sama kelas dengan aku. Mereka semua sama kelas kecuali sorang perempuan, dia junior kami. Dia adalah Miss popular di sekolah aku. Nama nya Rosyana, orang nya agak kecil dan mukanya comel. Pelajar pelajar dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5 kenal dirinya. Aku pun tak pernah popular semasa di sekolah lama aku dulu. Dia tidak lah sombong, dia baik dan peramah. Disebelahnya kakak angkat dia, nama dia Christy. Mereka berdua sangat rapat macam adik beradik lak. Christy nie lak seorang pengawas di sekolah ini. Haliza pula datang dengan muka ceria nya. Dia selalu ceria, tak pernah melihat dia sedih. Mungkin sebelum kedatangan aku dia sedih atau sebaliknya. Dia juga bukan seorang yang suka marahkan orang seperti diri aku juga. Aku gembira melihat mereka bertiga. Ari pula seorang lagi kawan aku tetapi dia selalu lewat datang sekolah. Dia nie suka berjiwang jiwang tak kira lah dia berada di mana mana pun tetap berjiwang.

Loceng sekolah sudah berbunyi, baru kami nampak Ari berlari tergesa gesa masuk ke perkarangan sekolah. Sudah masa nya untuk kami berpisah, aku pergi beratur tempat yang sepatutnya. Aku melihat muka muka kelas aku. Semua nya tidak berubah seperti tahun lepas. Ada yang menegur aku dan ada sedang buat buat tak nampak aku berada di situ. Perhimpunan hari nie agak membosankan dan aku rasa seperti hendak tertido aje. Selapas sahaja selesai perhimpunan pada hari nie, aku bangun dan semua berjalan ke arah kelas masing masing. Aku sempat juga berjalan dengan haliza atau lebih dikenali sebagai Liza. Kelas kami bersebelahan sahaja. Kadang kadang time ketiadaan guru, aku akan pergi ke kelas sebelah dan berborak dengan mereka tetapi waktu mereka ada guru, aku akan duduk buat kerja ku sendiri sehingga lah nizam datang untuk temankan diri aku. Hari pertama persekolahan dikejutkan dengan kejutan baru iaitu kelas kami mempunyai rakan baru. Nama nya seri dan dia duduk disebelah aku kerana tempat duduk sebelah aku kekosongan. Mula mula rasa agak janggal untuk berbual dengan dia tetapi lama lama kami berasa sudah lama kenal. Nampak nya aku mempunyai rakan baru di kelas aku sendiri.


Bersambung.........


p/s - cite nie hanya rekaan semata mata :D

1 comments:

ari said...

tak sabar nak tunggu bila masa si ari tu dok bercinta... dgn sapa yek

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates