Wednesday, December 16, 2009

Oh Kawan!

Chapter 4

lalu Ari menjawap soalan Rosman tadi. "rosman, cari lah aku dlm hatimu, jika kau benar2 ke temu aku di dlm hatimu, tahulah aku akan keihlasan hatimu... jika aku tiada di hatimu, jgn lah sesekali kau memujuk ku lagi kerna, ternyata kau bukan mahukan diriku...kerna...hadirku selama ini tidak pernah kau hargai, bila hilangnya aku baru kau merasai akan rindu itu...ternyata kau benar2 tidak penah serius dlm soal hati n perasaan...bila senang aku kau lupakan, dan bila susah aku yg kau inginkan...aku mahukan 'BoBo" ku yg lama....ternyata kau mmg tak serius dan suka mepermainkan perasaan hatiku... mungkin aku yg penah terluka... mybe lps2 ni ramai lagi mangsa mu...sedar lah wahai rosman... jika kau mahu menemui cinta sejati .. sbb itu lah kau sukar menemui cinta mu, dan sentiasa menagih kasih dari awek awek cun di sekolah ini"

semua terpegun dengan jawapan Ari tadi. Rosman menundukkan muka nya dan lalu pergi menjauhkan diri dari Ari. "WOI!! MASUK KELAS CEPAT! DAH LAH BLOCKING TEMPAT ORANG NAK LALU LALANG!" semua terkejut dengan suara Ekin. Ekin berada di bawah dapat melihat segala gala nya yang terjadi di luar kelas. Penglihatan Ekin begitu tajam sekali. "APA LAGI! CEPAT LAH JALAN!" aku dan kawan kawan aku cepat cepat masuk ke kelas masing masing. takut pula aku mendengar suara ekin yang garang nak mampus tue. Di dalam kelas pula ketua kelas sedang bermasam muka

apa kes lak tue?? aku diberitahu bahawa semua kena duduk diam dan tidak boleh buat bising jika tidak nanti ketua kelas akan mengamuk. Aku dan Seri pergi ke tempat duduk kami di belakang kelas. Selama 3 jam kelas kami sunyi dan tidak bising pun seperti kelas lain. Kalau apek mengamuk, memang dasyat lah. Macam perang dunia ke 3! Tahun lepas nak dekat 10 kali si apek mengamuk. Paling dasyat time dia hentak kerusi sampai hancur. Menakutkan betol time tue. Tengok tengok esok nya si apek tak datang sekolah. Hampir seminggu dia tidak datang ke sekolah. Ramai tidak tahu rumah dia di mana. Aku nampak nizam sedang passing note dekat aku. aku mengambilnya dan lalu membaca note itu bersama seri

Note itu berbunyi begini
- Aku dengar cerita yang si apek tue nak kena turun pangkat. Cikgu kelas kata nak ambil orang lain jadi ketua kelas. Itu yang aku dengar tapi ada orang lain lak cakap ada orang tak puas hati dengan si apek


lalu aku membalas note itu balik
- Uikzz! sapa pula yang tidak puas hati dengan dia???

sedang aku hendak memberi balik nota itu ke Nizam balik, nweishin terus pandang ke arah aku dan nizam. aku cepat cepat menyorok note itu. Nampaknya kami semua macam berada di dalam penjara. Hanya tinggal beberapa jam aje lagi masa untuk pulang ke rumah. rasa lama lah pula, guru pula tidak masuk ke dalam kelas.

setelah kami semua dalam tahanan apek, akhir nya loceng sekolah berbunyi. kami semua cepat cepat keluar daripada kelas. Aku dan seri berasa sungguh gembira kerana dapat bercakap balik! Nizam juga turut merasai kegembiraan kami berdua. Semasa aku dan kawan kawan aku sedang berjalan ke arah gate sekolah, pelajar misteri lelaki tadi lalu dengan basikalnya. Rasa mahu sahaja panggil dia tapi nak panggil apa?? tak kan nak jerit jejaka misteri kot. Aku diam sahaja dan gelak gelak dengan lawak Nizam. Aku terserempak dengan Christy dan Rosyana. Mereka berdua selalu balik sama sama. Rumah mereka berdekatan sahaja. Aku melambai lambai ke arah mereka berdua. Liza dan Ari pula tidak kelihatan. Dah balik rumah kot.

Aku dengan terkejutnya sebuah bola dengan pantasnya lalu tepi muka aku. Fuh! selamat tak terkena aku tetapi terkena orang depan aku iaitu Ekin. Ekin yang sedang berjalan dengan Jue tiba tiba berhenti. Aku dapat merasakan suara yang garang nanti akan terdengar. Bola tadi aku tahu milik siapa, bola itu adalah kepunyaan Nash. Dia adalah bintang pemain bola sepak di sekolah kami. Dah lah captain pula tue. Nash nie lak selalu dengan bola dia, tak pernah terpisah dengan bola kesayangannya.

"NASH!!!!" menjerit ekin. Jue disebelah dia cepat cepat menutup telinga nya. Nash pula kelihatan ketakutan. Orang di sekeliling melihat sahaja agenda tersebut. "KALAU NAK MAIN BOLA PUN BUKAN DI SINI!" nash terus lari tanpa mengambil bola nya tetapi ekin mengambil bola itu dan lalu mengejar Nash satu sekolah. Jue terpaksa lah menunggu ekin habis belasah nash.

Aku pula pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Adakah aku akan mengetahui nama jejaka misteri pada hari esoknya? aku hanya dapat menunggu dan melihat apa akan terjadi esok. Seri dan Nizam balik balik ke rumah arah jalan yang sama. Nampak sweet lak mereka berdua..... apa akan terjadi dengan mereka di kemudian hari nanti yea. tidak sabar aku hendak melihatnya.


bersambung....


p/s sorry lambat sangat keluar chapter 4 :(

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates