Chapter 3
"wei wei! tengok kat sana" Lan sedang menunjuk sesuatu dekat bawah pokok tepi padang sekolah. Mereka semua tercari cari apa yang Lan hendak tunjukkan. Baru mereka tahu bahawa Lan sedang menunjuk seseorang yang tinggi lampai dan seorang lelaki lagi sedang melutut sambil memegang sesuatu di tangan nya. Mereka berlima senyap senyap sorok di belakang bangunan untuk menyaksikan dua orang itu. Baru mereka sedar yang tinggi lampai seperti super model rupanya ialah Jue Julia dan sorang lagi itu ialah Rosman sedang memegang bunga rosa merah. Mereka dari jauh boleh dengar percakapan mereka berdua.
"Sudikah kamu mengambil aku semula menjadi BF kamu?" kata Rosman dengan suara romantic nya. Rosman bermain main mata dengan Jue dan Jue pula tersipu sipu malu. Lalu menjawap soalan Rosman. "Terima kasih sahaja lah Rosman. Jue tak nak terkena lagi. Rosman selalu curang dengan Jue. Maaf kan Jue kali ini tidak boleh menerima Rosman balik" Wajah Rosman berubah menjadi sedih. "Jue, simpan sahaja lah bunga ini. Buat kenangan kita berdua"
Lan dan Nizam tergelak gelak melihat babak babak tadi. Seri pula tidak tahu apa sehingga lah mereka semua ceritakan kepada seri. "Sebenarnya si Rosman tue ada hati lagi dekat Jue tapi jue aje tak nak" kata Ari. "Rosman tue selalu curang ngan Jue dan lah playboy lak tue. Tiap tiap hari ada aje perempuan dia akan ngurat" sambung Ari lagi. "pas tue aku pernah couple dengan dia 2 bulan sebab dia curang"
"siapa ros?" seri tertanya tanya siapa Ros? Lalu aku memberitahu bahawa Ros itu adalah budak paling popular di sekolah ini. Aku menunjuk Seri ke arah sebuah kumpulan budak budak sedang berehat di taman sekolah. Rosyana duduk di tengah tengah sambil menikmati makanan nya dengan peminat peminat nya. "Wah! popular betol dia tue. tapi dia popular sebab apa?" tanya seri
Lalu nizam menjawap. "Sebenarnya tiada siapa tahu macam mana dia boleh menjadi popular. Tak kan dia tak pernah bagitahu dekat korang kot?" Nizam pandang ke arah Ari dan Liza. Mereka berdua pun tidak tahu kerana Rosyana tidak pernah cerita kepada mereka. "Alamak!! ehsan datang" Aku cepat cepat sorok kan diri di belakang Lan.
"ehsan??" seri tertanya tanya lagi. Ehsan adalah classmate Ari, Liza dan Lan. "Ehsan tue sebenarnya minat dekat yana" bisik Lan dekat seri. Aku tidak dapat hendak melarikan diri kerana Ehsan sudah nampak diri nya di belakang Lan. "Yana!! ehsan ada belikan lunch untuk yana. Yana makan tau, ehsan belanja yana" aku dengan tersengihnya mengambil makanan tersebut. Orang kata rezeki jangan ditolak. "Yana pergi lah makan sama sama dengan ehsan, kita orang jaga kan seri" Liza menolak belakang aku dan aku rasa geram sahaja dengan mereka. Terpaksalah aku pergi berehat dengan ehsan. Tak guna punya kawan tinggal kan aku dengan dia. Tapi ehsan nie orang nya sweet. Dia tak pernah menolak kalau aku meminta pertolongan dari dia. Tahun lepas time birthday aku, dia bawa kek kecil khas untuk aku. cukup terharu aku dengan pemberian dari dia tapi aku tiada apa apa perasaan dekat dia. Kami berdua diam sahaja dan aku hanya senyum sahaja kepada dia. Sedang aku menikmati makanan yang dibelikan oleh ehsan, mata aku terpandang seorang lelaki yang tidak pernah aku lihat di sekolah ini. Adakah dia pelajar baru? Dia sedang duduk sorang sorang di sebuah bangku sekolah sambil membaca buku. Aku usha usha buku apa dia sedang baca. Buku motivasi rupanya, mesti dia nie sorang yang pintar.
"yana pandang apa tue?" aku alihkan arah ke rosyana. Nampaknya rosyana dapat hadiah besar dari seseorang. "tak pandang apa apa pun ehsan" jawap aku. aku melihat jap dan hanya 1 minit aje tinggal sebelom loceng berbunyi. Aku bagi alasan untuk mencari kawan kawan aku tapi dia mahu temankan aku. Sebelum aku meninggalkan tempat itu aku melihat lagi lelaki tadi. Alamak! dia sedar aku sedang memerhatikan dia. Aku tiba tiba tersenyum kepada dia dan lalu dia membalas senyuman aku. Hati ku terasa sungguh gembira. Siapalah jejaka misteri tue yea??
Tidak sempat aku hendak ke kawan kawan aku, loceng sudah berbunyi. Aku menunggu mereka di tangga sekolah. Liza, Ari dan Seri melambai lambai dari jauh. "wei wei!! ada pelajar baru lagi ke?" tanya aku kepada mereka.
"Seri baru lagi so i dont know anything about new student" aku pandang ke arah liza dan ari. "Ada tapi dia kelas first" Lalu Ari kata kepada aku. Kelas first!! pandai nya dia. "Apa nama dia yerk?" aku masih lagi terbayang bayang senyuman nya. Rasa macam nak pengsan lak.
"entah lah, aku pun tak tahu yana. Nanti aku try tanya budak budak laki" Aku berterima kasih kepada liza. Semasa kami sedang menuju ke kelas, Rosman dari bawah memanggil nama ari dan lalu dia berlari ke atas.
"ARI!!!! tunggu jap!!" kami berhenti seketika dan melihat Rosman yanag kelihatan sungguh penat dan berpeluh. Geli lak aku tengok si Rosman nie. "Ari, sudikah kamu menerima aku kembali" kami semua terkejut. Ari pula tidak menjawap soalan Rosman. Ari senyap sahaja. Apakah jawapan Ari? aku tertunggu tunggu jawapan nya.
bersambung........
1 comments:
citer psl apa ni yana
Post a Comment