Tuesday, December 22, 2009

Oh Kawan!

Chapter 5

Hari kedua persekolahan, aku rasa macam ada sesuatu hendak berlaku hari ini tapi mungkin cuma perasaan aku sahaja. Aku dengan hati yang gembira terus masuk ke perkarangan sekolah tetapi aku terdengar dua suara budak lelaki yang aku kenali memanggil nama aku. Siapa lagi kalau bukan Lan dan Nizam. Dia orang nie memang tak leh dipisahkan, sentiasa aje berkepit tapi tak bermakna mereka berdua ialah Gay. Biasalah kalau dah nama kawan baik kawan sejati kawan sehingga akhir hayat. bagus lah kalau mereka kekal kan persahabatan mereka sampai bila bila. "Yana!!!" tiba tiba sahaja mereka muncul sebelah kiri dan kanan aku. Lan sebelah kiri Nizam sebelah kanan. Apa kena mereka berdua di waktu pagi nie? Aku melihat mereka masih tersengih sengih lagi.

"Semalam Ari ngan Liza cerita kat kita orang tentang jejaka misteri" aiyoo!! Liza ngan Ari dah cerita dekat dia orang. "so kita orang akan menolong yana untuk menyiasat siapakah jejaka misteri tersebut!"

"wah wah, bagus betol korang berdua nie. so, bila korang nak start siasat?" aku tanya kepada mereka. Bestnya dapat kawan macam dia orang. Akhirnya aku akan dapat tahu siapakah jejaka misteri tersebut!

"esok sebab hari ini yana kena belanja kita orang makan!" jawap Lan. Cheh!! tak guna punya kawan. tak pasal pasal kena belanja dia orang. Kami bertiga berjalan ke arah kantin dan kami terkejut mata nash lebam sebelah. Apasal tue? siapa lak tumbuk nash tue? tak sempat aku nak tanya Christy sudah memanggil nama aku. "yana!!! morning!!" kata christy sambil makan roti bakar nya dengan Rosyana. "morning rosa, morning christy"

Christy dan Rosyana pun seperi Lan dan Nizam. Tak boleh dipisahkan, dah macam adik beradik lak dia orang berdua nie. Makan pun nak sama gak, shopping pun tak leh dipisahkan. Tapi mereka berdua nie comel. agak agaknya dia orang dah ada pakwe ke belom? "yana, meh lah join kita orang makan. Ros ada satu lagi roti bakar, ambik lah"

"thank u rosa" bestnya ada orang offer aku makan roti bakar. dah lah aku tak breakfast lagi, memang betol betol lapar.

tepat pukul 8 pagi, semua terus masuk ke dalam kelas masing masing. baru aku nampak nash dalam kelas. aku baru sahaja nak tanya tetapi dah ada orang jawap pertanyaan aku. "Aku kena tumbuk ngan ekin lah semalam. Bola aku terkena kepala dia" budak budak lelaki dalam kelas gelakkan dia. Aku sendiri pun gelakkan dia juga. "Padan muka hang kena tumbuk. dah lah kena tumbuk ngan budak perempuan"

aku nampak nweishin masih lagi masam seperti semalam tetapi dia hiraukan sahaja budak budak buat bising didalam kelas. Nweishin nie tak pernah aku nak melihat dia senyum. Kalau dia senyum mesti nampak hensem. Sedang kami semua sedang berseronok berbual, Faizal masuk ke dalam kelas dengan cermin mata hitamnya sambil nyanyi lagu hindustan. Faizal nie peminat no. 1 hindustan. Nak kahwin pun dengan awek hindustan. "Oit Faizal! apasal gembira semacam tue?? ada awek hindustan melamar ko ke?" tanya Jue Julia. Semua melihat gelagat Faizal sedang berjoget joget hindustan pula.

"Rahsia rahsia!! tetapi disebabkan aku berasa sungguh gembira, aku bocorkan rahsia ini" sebelum dia membuat pengumuman rahsia dia, dia sempat lagi berposing ala ala hindustan. "Kamu semua sedang melihat Ketua pengawas pada tahun ini" kata Faizal dengan gaya machonya.

Kami semua dengan bangganya mengucap taniah kepada Faizal. Faizal sambung lagu hindustan yang lain pula dan kali ini budak lelaki yang lain join sekali kecuali nweishin yang masih lagi bermasam muka. Jue Julia pula berjoget joget hindustan. Ekin pula masuk ke dalam kelas sambil membaca buku rujukan sejarah. Seri dan aku sambung balik melihat gelagat budak lelaki di dalam kelas. Kami semua tidak sedar guru tingkatan sudah berada di depan pintu.

"apa yang meriah sangat nie?" tanya guru sambil masuk ke dalam kelas. Kami semua menjawap soalan guru kami. "Faizal jadi ketua pengawas cikgu!" dengan gembiranya guru kami ucapkan taniah kepada Faizal.

bersambung...

p/s - bersambung sbb bahu yana dh lenguh :(

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates