Saturday, December 12, 2009

Oh Kawan!

Chapter 2


Rasa begitu selasa pula aku berborak dengan seri. Dia rupanya dulu bersekolah di luar negara dan lahir juga diluar negara tapi masih fasih cakap dalam bahasa melayu. Pada hari pertama persekolahan, guru tingkatan kami memberi jadual penuh dan nampak nya hari rabu penuh dengan kelas yang susah susah. Rasa nak pitam aje tengok jadual hari rabu, waktu pertama mathematik. Adezz, lepas tue Sains pula. Selamat aku nie terrer dalam sains. hehehe. Selepas itu Sejarah, aiyoo!! Aku nie dah lah lemah sejarah, susah nak hafal tarikh tarikh dan nama nama. Garu kepalalah nampak gayanya. Selepas sahaja aku salin semua jadual waktu, tiba tiba Nizam datang menyibuk. Aku dapat merasakan si Nizam nie jatuh hati dengan Seri. Yelah, seri nie lawa, ayu, anggun dan pakai tudung lak tue. Putih lak lagi. Berbanding dengan diri aku nie hitam. Ada ke lelaki jatuh hati dengan aku nie? Mungkin ada mungkin takde, mana lah tahu kan. Teringat lak kenangan sewaktu aku, raja dan farid. Ramai kata raja suka aku tapi betol ke? Masa farewall party, aku nampak muka Raja sedih sahaja. Takde lak dia nak luahkan perasaan dia kepada aku, tak berani kot. Tak sedar lak aku sedang termenung jauh. Baru aku sedar seri dan nizam sudah mulai rancak berbual. Aku melihat sekitar kelas aku, depan aku ialah Jue Julia atau orang panggil dia Juju. Sebelah dia lak pengawas yang agak garang iaitu ekin. Dia nie kalau menjerit nombor satu! sampai satu sekolah boleh dengar. Cikgu pun takut dengan dia. Juju pulak lemah lembut dan berbudi bahasa. Mereka berdua nie kawan baik dan tidak pernah sombong dengan aku. Ada setengah budak budak perempuan dalam kelas aku agak sombong dengan aku.

Ketua kelas kita orang ialah seorang apek tapi aku tak pernah mengetahui nama nya. Ramai panggil dia nweishin. Dia nie panas baran tapi apasal lah guru kelas memilih dia sebagai ketua kelas. Pelik pelik. Penolong ketua lak seorang yang sangat cun melecun tapi sombong nak mampus. Harap kan muka aje lawa tapi perangai teruk betol. Nama dia ialah fasha. Pengawas paling cool dalam kelas kita orang ialah Faizal. Dia nie dressing smart betol. Mana mana pergi mesti dressing dia yang bergaya dan cool. Dia juga suka pakai cermin mata hitam dalam kelas tapi time cikgu tiada di dalam kelas lah. Playboy paling famous di dalam kelas ini dan juga di sekolah ini ialah Rosman atau lebih dikenali sebagai seman or leman. Nak kata hensem, boleh lah. 50/50 lah. Tahun lepas dia ada cuba mengurat diri aku tapi selamat aku tak tergoda dengan ayat ayat nya. Lelain tue aku malas nak cerita.

Wah wah, aku baru tersedar seri dan nizam makin lama makin rapat lak. "amboi! rancak nya berborak" aku berkata kepada mereka. mereka berdua terkejut dan terus sahaja gelak gelak. Nampaknya aku boleh melihat persahabatan kami bertiga. Hari pertama selalu nya bising kerana tidak belajar apa apa lagi. Guru cuma memberitahu apa hendak bawak dan beli nanti kecuali dia akan menyuruh kami buat kerja masing masing. Loceng rehat sudah berbunyi, semua nya tergesa gesa ke kantin sekolah. Aku membawa seri berjumpa dengan rakan rakan aku di taman sekolah. Nampaknya liza dan ari sudah menunggu aku di depan pintu kelas. Christy tiada di situ kerana di perlu jalankan tugas nya. Aku dan rakan rakan aku yang lain membawa seri berjalan jalan sekitar sekolah kami. Tiba tiba nizam dan kawan nizam iaitu Lan muncul di belakang kami. Lan pula dari kelas Liza dan ari, dia nie pun hensem gak macam nizam tapi still nizam menang. hahahaaaaa!!! Mereka berdua nie membuatkan aku teringat dekat Saiful dan Amir. dia orang berdua memang kelakar dan suka sahaja buat sesuatu yang gila. Tetapi perbezaan mereka ialah Nizam dan lan bukan suka skodeng perempuan. Lan dan nizam memang kawan baik dari sekolah rendah lagi. Itu yang dikatakan oleh nizam.


Bersambung.......

p/s - adik kacau lak :( tak leh nak tulis panjang2

1 comments:

Anonymous said...

hahahahahaha ok nice try...

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates