Wednesday, January 6, 2010

Oh Kawan!

Chapter 6

10 minit berlalu Guru kelas kami keluar kerana tertinggal sesuatu di pejabat nya. Faizal berdiri dan lalu nyanyi lagu hindustan. Aku pun tak tahu lagu apa yang dinyanyikan oleh nya. kelas ini dah jadi macam kelas hindustan lak. 1 minit kemudian budak budak laki dah gendang gendang kan meja mereka masing masing. aku tergelak melihat gelakat rosman bergelek gelek di hadapan kelas. dia tidak menghiraukan pelajar pelajar lain yang lalu lalang di situ. lepas tue tiba tiba jue julia join sekali gelek gelek di hadapan kelas. entah tiba tiba mereka berduet di depan kelas. kami semua melihat sahaja gelagat mereka berdua. Aku dan seri bertepuk tangan melihat mereka. sesuai sungguh mereka berdua yerk tapi sorang tue tinggi macam model dan sorang lagi tue pendek. lepas habis sahaja mereka nyanyi, nash pula masuk nyanyi lagu hindustan gak. kali nie dia dengan faizal lak joget joget di hadapan kelas. lepas tue nizam tolak meja ke belakang sedikit dan semua nya join mereka berdua menari. "adezz.. sah tak sah kalo takde hindustan nie" kata aku

"nape yana?" tanya seri. aku cerita kepada dia sewaktu first time aku sekolah di sini tahun lepas. first time aku melihat mereka berbegini sewaktu guru tiada di kelas. mereka tahun lepas pernah masuk pertandingan antara kelas kelas. Kelas kita orang masuk pertandingan tersebut dan joget hindustan. Aku tidak menyertai joget itu cuma bagi sokongan sahaja kepada rakan rakan sekelas aku. Dan akhirnya kelas kami menjadi juara, ramai yang suka dengan tarian kami. "tahun nie tak tahu lah ada ke tak lagi pertandingan macam tue lagi. rasanya takde kot. yelah, nak spm kata kan"

"nampaknya seri berada di dalam kelas yang sangat happening lah" kata seri kepada aku. aku memberi dia senyuman. akhirnya aku dan seri gendang kan meja masing masing. memang betol kata seri, setiap hari ada aje yang akan berlaku di kelas kami. Aku melihat nizam datang ke arah kami berdua.

"wah!! seronok nampak" kata nizam sambil mengambil kerusi nya dan letak di depan meja seri. "boleh aku join sekali?" aku dan seri angguk sahaja sebagai tanda boleh. "so cik yana, hari ini ada jumpa ke jejaka misteri?"

aku dengan muka sedih lalu berkata kepada nizam. "aku tak jumpa dia hari nie, entah2 dia tak datang sekolah hari nie" nizam bagi aku muka simpati. "ala, jangan lah risau... dia nyorok aje kot hari nie, nanti time rehat jumpa lah tue. apa kata ko pergi tegur dia hari nie"

"hah!! aku setuju dengan nizam. ko tegur lah dia, mana lah tahu dari situ permulaan nya kisah cinta yang sungguh indah" aku cubit tangan seri. "adoi! aku gurau ajelah!"

"hahaha!! tapi aku malu lah nak tegur dia. entah entah dia sombong ke, mana lah tahu kan.. kita tak kenal dia pun lagi"

"buat apa malu!! tegur lah dia!!" tiba tiba sahaja Nash berada di belakang aku. aku terkejut dan aku nampak orang disekeliling aku sambil memerhatikan aku. semua kata kepada aku perkataan yang sama. "Tegur dia! Tegur dia! Tegur dia!" jerit satu kelas sambil tepuk tangan ikut rentak. aku rasa macam nak pitam lak tetapi aku bagi senyuman kepada mereka. "ok ok!!!" aku jerit dan akhirnya semua berhenti.

"ok, aku akan tegur dia" kata aku dan lalu satu kelas menjerit dengan gembira nya. "yahoooooo!!!" semua tepuk bahu dan katakan 'good luck' kepada diri aku. aku berharap sangat jangan dia orang pergi skodeng sudah. tahu tahu aje lah perangai budak budak kelas aku nie, sungguh nakal!


jangkaan aku memang tetap, hampir satu kelas pergi skodeng aku menegur jejaka misteri tersebut. Ari, Liza, Lan, Ehsan, Rosyana dan Christy pun ada. adezz, yang pengawas pun tengok juga ke. tapi aku perasan sorang aje yang tiada iaitu nweishin atau apek. dia tue tiap tiap hari moody macam tiap2 hari datang bulan aje. Aku melihat mereka semua tersengih sengih dekat aku. "Aiyoo korang nie, macam lah dia ada hari nie" aku kata kepada mereka.

"ala, jap lagi adalah tue. Aku ucapankan good luck kepada ko yerk yana" kata Lan sambil menepuk bahu ku. aku berasa sungguh malu dengan kehadiran mereka semua, kan bagus kalo mereka bagi privacy dekat aku. mereka semua bersembunyi dibelakang bangunan sekolah dan meninggalkan aku sorang sorang di tempat duduk bangku sekolah. aku menunggu dia muncul tetapi tidak ada. aku melihat jam aku, lagi 5 minit nak habis rehat dah.

di dalam hati aku mengatakan dia mungkin pergi berehat di tempat lain tak pun dia tak datang sekolah hari nie. aku pandang belakang dan nampak kawan kawan ku sedang memerhatikan aku sambil makan. cis! dia orang makan tanpa aku lak. dah lah aku tengah lapar. 5 minit sudah berakhir dan loceng sekolah sudah berbunyi. hati aku rasa sungguh kecewa kerana tidak bertemu dengan dia. kawan kawan aku pun turut merasai kekecewaan ku. sedang aku berjalan menuju ke tangga sekolah, tiba tiba sahaja dia lalu disebelah aku. "yana yana!!! dia ada dia ada!!" Ari dan Liza menjerit kepada aku. alamak, tak kan aku nak kejar dia lak. "pergi lah tegur dia! pergi lah pergi lah!" mereka berdua menjerit dengan kuat sekali sampai dia berhenti dan memerhati gelagat aku dan kawan kawan aku.

"wei korang, senyap lah. dia pandang tue, malu aku" aku hanya tersenyum kepada dia dan lalu dia membalas balik senyuman nya kepada aku. dengan pantas aku terus lari naik ke atas dengan muka yang blushing. "hai yana, apasal blushing tue?" tanya nash yang sedang bermain dengan bola sepaknya.

"dia blushing sebab jejaka misteri dia balas senyuman dekat dia" nash terkejut dan lalu bola nya jatuh ke lantai. "betol ke??!!!" tanya nash.

aku hanya angguk sahaja, aku ingin menyorok muka aku yang sedang malu giler. "wei yana, tadi aku ngan ari tegur jejaka misteri tue. kita orang bagitau tentang ko dekat dia" aku rasa seperti nak pengsan dan juga rasa ingin cekik cekik liza dan ari. "what!!!"

"nak tahu nama dia?" hampir satu kelas katakan 'nak'

"nama dia ialah...........


bersambung.......... hehehe

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates