Thursday, January 14, 2010

Oh Kawan!

Chapter 8

Hari ke tiga persekolahan, masa untuk mencari Liza dan ari. Dia orang nie nak sorok daripada aku ke? takpe takpe, akan aku mencari mereka sampai ke lubang cacing! hari ini aku berasa sungguh mengantuk sebab semalam tidur lambat. cikgu dah mulai bagi homework!! tak best nya kena buat homework. Apa apa pun aku sudah menghabiskan semua homework yang cikgu bagi. Laparnya aku hari nie, menyesal tak sarapan pagi tadi. Dah lah mama buat bihun goreng sedap tapi aku tak makan lak. Wah! pertama kali aku nampak seri sudah berada di sekolah awal pagi. selalu nya dia sampai lambat macam ari. hari ini awal lak dia datang.

"SERI!!" aku melambai lambai ke arah dia. "Good Morning seri" kata aku kepada dia. alamak, seri sedang makan roti bakar. bau dia menusuk ke hidung ku, makin bertambah lapar aku. perut aku mulai bunyi keroncong. harap harap seri tak dengar. aku buat biasa sahaja, tak nak seri tahu yang aku sedang kelaparan. "hari ini yana nampak ngantuk, tidur lewat yea" seri perasaan mata ku seperti panda.

"ha ah, malam tadi siapkan homework. apasal lah cikgu bagi homework awal awal.. baru hari ke dua, hari ini nak masuk hari ketiga" seri hanya senyum sahaja. tiba tiba sahaja Nizam muncul di sebelah seri dan Lan muncul sebelah aku. aku rasa macam nizam dan lan seperti bodyguard kita orang aje.

"hai seri pagi ku yang ayu" kata nizam sambil memberi sekuntum bunga matahari dekat seri. muka seri berubah merah. aku tahan gelak dan buat buat biasa. "terima kasih nizam" seri makin lama makin malu sebab aku orang disekeliling melihat mereka berdua. ada yang gelak gelak kan mereka berdua. "yana, jom ke kantin" seri tarik tangan ku dan cepat cepat ke kantin.

"bestnya!! ada orang bagi seri bunga lah. kan best kalau yana dapat bunga sekali!" kata aku sambil melihat bunga matahari itu. kalau lah jejaka misteri itu bagi aku bunga, kan best.

"yana nak bunga yerk! ambik lah bunga mawar ini wahai yana ku yang comel" rosman kacau lak, aku baru nak berangan jejaka misteri tue. "ambik lah yana" rosman tersengih sengih dekat aku.

"takpe lah rosman, bagi aje lah bunga tue dekat jue" rosman masih lagi tersengih dekat aku. aku rasa macam nak aje sepak atau ketuk si rosman nie. main jejauh tak leh ke?

"rosmannnnnnnnnnnnn!!! curang yerk!!" jue julia baling kasut sekolah nya dan terkena kepala rosman. "sini ko! aku nak siat siat ko buat rendang!" rosman cepat cepat lari daripada jue. dengan kasut sekolah jue rosman pergi bawak lari. "mana kau nak lari hah!!" aku dan seri tergelak sahaja dengan gelagat mereka. sungguh comel betol jue julia dan rosman. loceng sekolah sudah berbunyi, itu tanda nya masa untuk perhimpunan. Faizal kata hari ini ada pengumuman perlantikan dia menjadi ketua pengawas.


selepas selesai sahaja perhimpunan, kami semua naik ke kelas. aku masih tak percaya Faizal pakai cermin mata hitam time perlantikan dia. cikgu tak marah ke? biarkan lah dia, asalkan dia rasa bahagia. hari ini kelas kotor lak, budak budak sekolah petang tak reti bersih kan kelas ke? dah lah hari ini aku yang bertugas, takpe! aku akan bersih kan kelas sampai bersih, sampai takde satu sampah pun! baru aku perasan nash hari ini datang sekolah pakai tongkat. apasal lak tue?

"nape dengan kaki tue nash?" aku tanya nash sambil menyapu tempat duduk dia yang penuh dengan pasir.

"ekin buat. dia semalam karate kaki aku sampai aku tak leh nak jalan dah" kata nash dengan nada yang sedih. "tak dapat aku nak main bola hari" nash saja buat buat nangis. "tue lah ko nash, siapa suruh buat ekin meletup semalam" aku sambung menyapu pasir pasir di tempatnya. aku juga perasan rosman sedang memujuk mujuk jue julia. "jue! benar kata hati aku. hanya dikau sahaja di hati aku. tadi tue hanya main main sahaja" jue buat tak tahu sahaja. apa lah nak jadi dengan dia orang berdua nie. kejap lagi berpisah lah tue, esok esok bersama balik. takpelah, remaja katakan.

sedang aku menyapu tempat nweishin, aku terpandang buku latihan sains dia. aku ternampak nama dia yang sebenar. rupanya nama si nweishin nie mohd zulhilmi. sedap gak nama tue. hari ini takde lak dia. tak sihat ke? aku biarkan sahaja dan sambung menyapu lagi dan tiba tiba aku terkejut. ekin dan zulhilmi (nweishin) bergaduh. aku cepat cepat lari daripada situ.

"yang kau nak marah marah aku kenapa? aku bukan nya buat apa apa pun dekat aku" marah ekin kepada zulhilmi. "kau nak tahu tak, aku muak dengan perangai kau. senyum pun takde, gelak gelak pun takde. tiap tiap hari dengan muka yang masam tue"

"so, itu aku punya pasal lah! yang kau nak masuk campur kenapa" marah balik zulhilmi kepada ekin. kami semua cepat cepat berlari ke belakang kelas. seri bertanya aku kenapa semua lari ke belakang?

"seri akan tahu kenapa" aku bisik kepada seri....

bersambung!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.......... muahahahaaaaaaaaa

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates