Monday, January 11, 2010

Oh Kawan!

Chapter 7

"nama dia ialah...." semua berdebar debar mendengar Liza bercakap termasuklah aku. Apa nama dia?

"liza!! Ari!! cikgu dah datang" tiba tiba sahaja Lan mengacau kami semua. "cepat masuk kelas!!" jerit lan dari sebelah. Ari dan liza tidak sempat memberitahu namanya kepada kita orang. Dia orang sudah lari masuk ke kelas mereka.

"Ala!!!" semua kecewa termasuk lah aku sekali. nape lah cikgu datang time time tengah orang excited nak tahu nama dia. nape nape nape??!!! takpe takpe, mungkin bukan masa ini aku tahu nama dia, mungkin masa balik nanti akan tahu. Aku akan bertanya kepada ari dan liza apa nama dia.

"esok kan ada lagi yana" kata seri kepada aku. dia dapat melihat wajah ku yang kecewa dan lalu aku tersenyum kepada dia. "ha ah, esok ada lagi. nanti time balik aku nak pergi tanya liza dan ari" aku terbayang bayang apa nama dia. mesti indahkan nama dia. "tersenyum sorang sorang nampak" aku tersengih dekat seri. Cikgu sejarah sudah masuk, aku cepat cepat keluarkan buku teks sejarah. Cikgu sejarah dari dulu sampai sekarang asyik dapat yang garang aje. Apalah nasib aku nie.


Sesi persekolah sudah tamat! aku dan seri dengan pantas nya keluar dari kelas dan berlari ke arah tangga. masing masing tak sabar nak balik katakan. Sebelum aku keluar tadi sempat gak aku nampak Nash bermain dengan bola dia. Lan dan Nizam pun join sekali. Tak habis habis lagi dengan bola, kalau terkena cermin tingkap, nahas lah dia orang. aku pula tercari cari ke mana perginya ari dan liza. tak nampak pula batang hidung dia orang. Yang aku nampak si rosman berkepit dengan Jue. Dah tak leh nak berpisah dah dia orang berdua nie. Faizal pula dengan gaya macho nya berjalan ke arah gate sekolah. Dia dah pakai cermin mata hitam nampaknya. Hensem lah pula aku nampak. Budak budak perempuan sekolah nie memang suka tengok Faizal apabila dia memakai cermin mata hitamnya. mana pula ari dan liza nie, menyorok ke apa? aku buat keputusan bertanya kan kepada mereka pada hari esok sahaja.

"ke tepi ke tepi!!!!!!!!!!!!" aku terdengar suara nash menjerit begitu kuat. "BOM MELETUP! BOM MELETUP!!" bom meletup??? aku terkejut dan aku pandang belakang nampak nash sedang berlari dengan pantas nya. belakang nash pula nizam dan lan berlari mengikut nash. "apasal lak tue? ada bom ke?" tanya aku kepada seri. seri pun tak tahu apa yang disebut oleh nash. selepas itu baru aku paham apa yang dimaksudkan oleh nash. Aku nampak ekin mengejar mereka bertiga dengan penyapu sekolah.

"jaga kooooooo nash!!!!!!!!!!!!!!!! aku cincang cincang kaki tue!!! ko pun sama gak lan!!!! nizam!!!" aiyooo, harimau betina sudah mengganas. aku perasan muka ekin merah, kenapa yerk? Nash tiba tiba terlanggar nweishin yang sedang menunggang basikalnya. nweishin dan nash jatuh ke atas jalan. Nash dengan cepat cepat nya bangun dan terus lari meninggalkan nweishin di situ. Lan dan nizam sudah menghilangkan diri.

"tak pernah aman yerk sekolah nie" kata seri. "ada aje yang akan berlaku setiap hari setiap waktu"

"hahaha!! sekolah nie memang tak pernah aman. tahun nie tahun terakhir, so kena lah buat kenangan terindah sebelom kita melangkah ke dunia baru nanti"

"betol tue yana tapi jangan lupa, SPM makin lama makin dekat. enjoy pun enjoy juga tapi jangan lupa study" aku dan seri tergelak sambil melihat gelagat rosman dan jue yang sedang bergaduh. aku nampak jue memijak kaki rosman selepas itu mereka gelak gelak. tak paham aku dengan mereka.

tak sabar menunggu hari esoknya!!!


bersambung lah yerk............... huhu

2 comments:

Anonymous said...

uwaaa kenapa lak jue ngan rosman tu berkepitttt x sanggup ... semoga rosman x membaca ni :kahkah:

nobody said...

msti kelakar kan tgk nash jatuh timpa shin =))

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates